terima kasih dunia kerana memberikan aku satu perasaan kecewa. aku ingatkan panas sampai ke ptang rupanya hujan ditengahari. aku dengan dia sudah putus. dia minta putus. aku cuba tahan tapi tali yang kalau dah berkarat sememangnya menanti masa untuk putus. kami bersama lebih dari 2 tahun, ia kelihatan sungguh indah dan merdu di awal perhubungan kami. but time change. manusia juga berubah. mungkin dia sudah bosan dengan aku. mungkin dia sudah ada orang lain. i dont know. aku terasa macam berada dalam dunia twilight zone, aku masih tidak percaya kami dah putus.
aku meminta alasan. dia kata mahu stop our relationship. mahu stop?. aku kurang pasti dengan ayat mahu stop. tapi lately pun dia sudah berkurangan masa untuk aku. dia sudah pandai bergerak secara solo, maksud aku membuat sesuatu perkara itu seorang diri atau mungkin dia bersama teman lelaki lain. kurang pasti.
aku cuba untuk berkongsi rasa bersama orang yang terdekat. meminta pandangan mereka dan sebagainya. tapi itulah, tak semua orang mahu mendengar masalah kita kerana mereka punturut mempunyai masalah mereka sendiri yang perlu diselesaikan. manusia dan masalah umpama satu sinonim.
setidaknya, aku tulis kat sini apa yang aku rasa dan bermain di kepala benak aku. sesungguhnya nanti. mungkin pada masa depan, bila aku bukak blog ini balik. aku akan ingat balik tentang apa yang telah aku lalui. sejarah hidup aku, maybe.
time change. people change but problem is still the same.
26 March, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

3 comments:
dan itulah juga kehidupan...
hope : yeah.
anggap la semua ini dugaan dan ini adalah perjalanan sebuah kehidupan.banyak lagi perjalanan yang harus di terokai.
mulakan buka buku baru untuk cerita episod baru.
Post a Comment